LIMA WASIAT DARI ALLAH S.W.T KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam
saya diisrakkan sampai ke langit,
Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat,
antaranya :

1. Janganlah engkau
gantungkan hatimu kepada dunia
kerana sesungguhnya Aku tidak
menjadikan dunia ini untuk engkau.

2.Jadikan cintamu kepada-Ku
sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku.

3.Bersungguh-sungguhlah
engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk
kerana sesungguhnya mereka itu
sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata,

“Telah datang kepadaku
beberapa orang tetamu,
dan saya tahu mereka itu adalah
wakil guru tariqat.
Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna
kepada saya, yang akan membuat
saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah
kamu harapkan sangat kata-kata himat
darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan
manusia janganlah kamu harapkan
sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia
janganlah kamu harapkan sangat
khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu
harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan
orang yang zalim janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan
manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s